Sunday, September 6, 2009

Manusia Biasa.



hai.
esok ada exam oral ngan shit! eh..sheet nama sebenarnye.
tp kepala dah berat.
mata pedih-pedih kelat.
tak tahulah kenapa sekarang tiap kali tiba waktu malam,
macam terkena sumpahan supaya rasa mengantuk dan terus berlari
ke katil mencari bantal empuk untuk dipeluk sambil pura-pura terlena.
kemudian pura-pura terbangun keesokannya penuh penyesalan.

comel betul!!

mungkin tenaga dalaman dah habis digunakan selama 4 bulan
yg lalu sehingga kini untuk menjadi sahabat baik buku-buku tebal.
ceh! alasan..rase takdelah digunakan sepenuhnya pun.
apalah nasibbb.

haiiii..
kalaulah aku sebuah robot naif.

yang patuh dan taat bila disuruh baca buku.
tanpa mengeluh merungut macam org tua bila kepenatan.

tiada perasaan bila dikerah tenaga sehabisan.
tanpa memikirkan kemahuan dan kehendak diri.

dah takde daya..ganti bateri baru..tambah cas sikit.
kalau putus wayar tercabut skru.. hantar kedai baiki.

dah rosak tak guna..buang terus dalam tong sampah je la kan.

pasti mudah beban-beban dunia dilunaskan.



tapi bertuahnya..


aku hanyalah manusia..
yang tak boleh ditukar ganti.
cume boleh cucuk botox ngan wat plastic surgery je.
haha.

ada hati dan perasaan.
untuk menikmati susah senang nikmat kehidupan.
walaupun suka mengeluh sana-sini.

ada akal dan fikiran.
yg suka berfikir dari pelbagai segi.
walaupun berfikiran cas negatif kadang-kala.

dan plg penting sentiasa ada TUHAN di sisi.
utk mengharap pertolongan.


dah tue.
bersyukurlah sebab kaw bukan robot.
walaupun beban2 hidup kurang lancar dilaksanakan.
kerana kita hanya manusia biasa.
ceh! alasan je kan.
hahaha.

oklah.
nak study pulak walaupun tak patuh lg taat macam robot.


salam pantai timur.

3 comments:

Anonymous said...

ye22!!
aku pon harap aku neh robot
bleh bwt assgnment ngan laju sket!!
tension22!
anyway gudluck bebeh!

intanfarhana said...

comeLL2

CICIPUNG said...

mayna : tu lah..kalau robot msti segala assgmnt2 duniawi kaw itu berjaya diselesaikn mcm kacang lupakan kulit je..
tp xbest plak xde rase tension.
jd manusia baru thrill kn.
hahahahaha.
slamat berbahagialah brsama assgmnt2 trsygmu itu ye.

intan : aku mmg comel intan..jgn puji dpn2..segan la..auwWW!