Wednesday, September 16, 2009

Pelangi Kehidupan



yoyo..
dah nk seminggu akhirnye berjaya pulang ke tanah air.
seronok sungguh rasenye..
macam kancil jakun pulang ke bandar gayanya.
masuk pasaraya kecil pun jakun-jakun comel sebab dah lame tak pegi.
selalu pergi pondok usang je beli barang.(hahaha.menipu.)
duduk rumah goyang kaki je keje.
bukan setakat goyang kaki..malahan seluruh badan bergoyang.
marilah bergoyang...
ops! lain macam tue.
haish! memang membahagiakan kehidupan kini.
menonton televisyen mahupun movie dengan penuh keriangan.
walaupun kadang-kadang kurang riang kerana dah terlebih riang sgt.erk!
perut sentiasa kekenyangan.kapasiti badan pun bertambah.
berkadar langsung dgn masa.membanggakan sekali.alahai..
sudah lama tidak merasa kebahagiaan hidup begini.


tapi sedikit bosan sebab tiada bekalan internet.
tak dapat nak melawat Pet Society,Restaurant City,Mafia Wars dan
banyakkkkkkkkk lagi.
nie pun pinjam broadband adik kandung je.
tapi disebabkan kedudukan geografi lokasi tempat tinggal baru yg
terlalu canggih dan moden kerana jauh sedikit dari satelit-satelit
juga pencawang Celcom yg merbahaya.makanya malu-malu arnab
lah internet nak beraksi.
nakal betul taw! menyampahhh..auuwWW!

no telefon bimbit masih belum dimiliki lagi..
no lame yang diharap-harapkan baktinya rupanye telah expired kerana adik
kandung tak memeliharanya dgn jujur.
sayang sekali.
makanya tak dapat menghubungi kekasih-kekasih gelap mahupun
ahli kongsi gelap di luar sane.
kasihan mereka kesunyian.
bersabar ye sayang~~~..hik.hik.hik.
harap-harap tiada yg cuba membuat cubaan bunuh diri dgn
terjun ke dalam longkang d tepi pagar rumah.
tak elok taw! nanti kucing kurap nak terjun kt mane ?
kasihan mereka.
masih dalam misi pencarian nombor telefon bimbit.
insyaAllah ada jodoh, berjayalah beli nanti.
sekarang nie nak keluar rumah pun malas.
hahahahaha.

oklah.
aku mahu beransur dulu.
baru je lepas bersahur bersama familia.
mahu ke kamar beradu dahulu.
sekarang aku dah mengambil alih tugasan burung hantu.
tukar shift utk beberapa ketika.
malam-malam melangut sampai terkenyit-kenyit mata depan televisyen.
pagi-pagi tertido sopan mengiring ke kanan penuh rendah diri tanda
keletihan.
pabila matahari dah ternaik sedikit,baru tersedar diri dr mimpi.hiks~

oklah.
mata dah pedih-pedih rase macam nak pakai kanta hitam ketika menatap
skrin laptop nie.
undur diri dulu ya buk!
jangan ponteng puasa dong!

1 comment:

Anonymous said...

hahaha..poyo la lu paah!hik333~