Sunday, December 27, 2009

15


aku mempunyai satu naluri,
yang tak tahulah orang lain juga mungkin ada.
apabila menonton movie korea,jepun, hong kong,
king kong atau apa-apa aje,
di mana pelakonnya beraksi teruja dan ghairah apabila makan mee,
megi,mahupun ramen menggunakan chopstick,
dengan penuh nikmat seperti tak makan seminggu.

slurrpppp! slurrpppp!

aku menjadi sangat teruja, teruja sangat. eeee.
sambil berkata di dalam hati.
* Oh Tuhan! lazatnya..aku mesti dapatkan ia. *

lalu terus berazam makan megi ketika itu juga,
walaupun baru sebentar tadi makan nasi dengan pinggan sekali.
ops! menggunakan pinggan maksudnye.
dan bila sudah makan.
kenapa rasenye tak nikmat seperti pelakon dalam movie tadi?
WHY ?!!!
heh!semua ini hanyalah imaginasi semata.
dan akhirnya tidak kehabisan pula.
sayang sekali.


oh kawan-kawan!
mungkin itulah namanya nafsu makan menguasai diri.
terperangkap dalam godaan hasutan syaitan nampak gayanya.

sesungguhnya makan itu sungguh menyeronokkkan,
tidak kira di mana berada.
namun jika berlebihan buruk juga padahnya.

oleh itu,
marilah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat penuh sederhana sahaja.

makanlah pabila lapar,dan berhenti sebelum kenyang.

akhir kata,
sebelum makan jangan lupe baca doa,
dan kunyahlah penuh sopan-santun.
nanti tercekik pula.

hehe.
selamat tinggal.

No comments: