hari ini bangun pagi-pagi dengan penuh bangga,
kerana berjaya bangkit sebelum azan subuh kunjung tiba.
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat-Nya.
eceh!
makanya sempena pagi yang gelap,tapi penuh sinar keberkatan ini,
marilah buang masa sedikit sebelum ditopup dengan aktiviti yang mulia.

sehari yang lalu telah dihabiskan dengan aktiviti movie joging je.tak larat lah pulak nak layan marathon bila dah tua tua begini.tak elok untuk perkembangan mata yang sihat.
dipendekkan cerita,movie ini amatlah menyeronokkan dan sungguh pandai bermain dengan emosi.kehebatannya sampai rase macam nak sepak je skrin laptop untuk memberikan kungfu panda kepada si kenit kat atas yang amatlah psiko.
*nasib sedar diri miskin tak mampu beli laptop baru,maka tak jadi lah*
menjerit-jerit manja sambil terkeluar sedikit cercaan tu memang takdapek nak dielakkan lah.
ya ampunnnnnnn!!
punyalah psiko ceritanya,ke aku yang dah jadi psiko nie ? hihi.
tapi cerita yang bergenre horror thriller ini amatlah berpuas hati untuk ditonton.
sinopsisnye berkisar tentang si gadis kenit yang innocent, dijadikan anak angkat sebuah keluarga.walaupun kecil,tapi otaknya geliga,berfikir macam orang tua lagaknya.Maka perlahan-lahan,bermulalah kejahatannya dalam keluarga ini.Membunuh orang yang cuba menghalangnya,pastue mengugut adik-adik angkatnye yang innocent dan comel,membuli ibu angkatnya yang baik hati, malahan cuba menggoda ayah angkatnya yang penyayang . Isk isk isk. Terlebih nakal taw si gadis bernama Esther nie.Sekali rupanya Esther nie wanita dewasa lingkungan 30-an yang mengalami tumbesaran yang terbantut.kesiannn.malas nak cerita panjang2,dan kesudahannya,mestilah Esther mati.
Ya! Itu yang kita mahu.kalau tak mahu mengamuk jadi Esther kami yang menontonnya.
Tepukan gemuruh untuk adik Isabella Fuhrman*semangat google nie* kerana berjaya menjiwai watak dengan baik untuk dibenci penonton sekalian.
*clap clap*
p/s:intan,hang mesti suka citer nie.psiko2 nie kan movie faberet u.hihihi.

kedua,kami berjoging bersama movie kedua yang selalu disebut-sebut,tak tahulah sape yang sebutnya.Paranormal Activity.Agak sedikit boring dan perlahan mulanya,tapi bila part-part klimaks dan suspen,mahu sembunyi bawah selimut jugak.Movie nie pasal rakaman kehidupan sepasang kekasih yang sering diganggu makhluk halus,lalu dorang merakam perjalanan kehidupan untuk detect mende yang mengganggu.Canggih betul mat salleh nie.Kalau kita mintak tolong bomoh,dorang lak panggil professor,demonologist lagi.Part last citer nie agak terkujat gak menontonnya.Bayangkan tengah syok2 silent mode,senyap sunyi takde bunyi,tak de orang kat dalam rakaman dorang,punyalah mata terbeliak masing-masing menanti manenye dorang pegi nie.
tiba-tiba..........
boommmmmmkababomm..rawwwwwrr.!!!
melambung badan si pakwe dengan hadlaju 90km/jam daripada luar pintu bilik terus menuju videocam aka skrin laptopku.pastue makwe die follow,berjalan ke arah pakwenye yang tercampak bersama sedikit darah tercalit di baju.lalu kemudian memandang ke camera dengan wajah yang comel!
hah! mesti la menggerunkan.
cis! #$^$%^&#!!!
heart attack untuk 5 saat seketika.
meremang la jugak bulu roma yang tak bape nak wujud nie.
movie nie rase seram sebab based on citer sebenar dan rakaman nampak cam real.
independent movie la katekan.
surpriseeee~~~~
lastly,tiada movie psiko mahupun seram lagi.cuma ucapan hari lahir untuk insan-insan yang dah semakin menginjak usia.kepada sesiapa yang lahir pada lingkungan bulan dan tarikh berhampiran, selamat hari tua diucapkan.semoga hidup kalian diberkati dan semakin dewasa hendaknya menuju Wawasan 2020.majulah birthday untuk diri sendiri !
jam dah pukul 6.31 am.
mohon undur diri mahu berwudhu dulu ya.
kang terbit pula matahari nanti.
tata.
tuttttt!
2 comments:
paah!
orphan tuh best giler kannn....
rse nk tumbuk2 je esther tuh kalo dpt msuk dlm screen...
mmg mantop abes la cite tuh...
tp yg paranormal activity tuh lom berkesempatan lg nk tonton...
bg la ak paah cite tuuuu~
hee
tue la..
beremosi betul menontonnya.
bukan setakat nak tumbuk2 sampai lumat,malahan rase nak sumpah si Esther tue menjadi katak pisang.
gila berkesan die berlakon sampai benci camtue.hahaha.
klo ko rajin,download la paranormal activity tue kat
www.syok.org
Post a Comment