Wednesday, January 20, 2010

22


beberapa hari lepas,mimpi telah datang kepadaku.
lalu bermimpilah aku jadinya.
maka,aku telah bermimpi yang aku telah tercicir daripada mengambil peperiksaan.
dan berdukalah aku dalam mimpi tu sebab tak sempat nak main
tembak-tembak dan cak cak dengan kertas soalan.

bila dah bangun pagi,bersyukur kepada Tuhan,nasib cuma mimpi.
nie pn tinggal berapa kerat hari nak exam,harapnya mimpi tu tak jadi realiti.
dah 4 5 hari pulun bukak buku,tapi asyik muka surat yang same je.
itu ok lagi,
lagi dramatik, tiap kali baca, perkataan dan ayat yang sama je.
hari nie small intestine, lagi 4 jam pun masih small intestine,
cuma tambah 2 3 patah perkataan je.
macam mana lah nak mencapai Wawasan 2020 begini.
nampaknya kena lakukan sesuatu supaya diri lebih menyayangi buku.

untuk kertas peperiksaan yang bakal tiba nanti,
siaplah nanti kita berjumpa di dewan peperiksaan.
jangan ingat kami takut !
walaupun mungkin tak bersedia,kami tetap tak takut taw !
hahaha.
ketakutan itu dah lama hilang kerana kami dah letih merasa takut .

yang pastinya aku tak sabar menanti berakhirnya peperiksaan ini,
untuk memulakan detik yang lebih ceria dan mengghairahkan.
wahai masa tolonglah berlari dengan hadlaju 200km/j untuk menamatkan peperiksaan ye.

semoga segala ketakutan yang selalu menghantui diri kita semakin pudar bagaikan lagu Rossa,
lalu dapat kita mencapai segala yang baik-baik dengan jaya dan comelnya.
walaupun perlahan,tapi penuh berseni.


akhir kata,
jangan takut-takut,nanti cepat tua.


So oh woh oh woh....

3 comments:

haLyZaQiut said...

nak exam ke..?
nyway, all d best tau...harini masuk page seterusnya lak...
hehehe...

Frodo Baggins said...

wa ske exam
exam begitu mengujakan
agaggaga


>>______<<

CICIPUNG said...

kak lyza : haah.lg smnggu je nie.thanx. =). tue la..hrpnye bertukar page la hari nie.hihihi.

frodo : wa tak suke exam,tapi exam yang suke wa.
mungkin wa begitu mengujakan di mata exam.
gugugagagigi.
*_*