Wednesday, February 3, 2010

26


hari ini hari jadiku.

Happy Birthday to me~~~~

surpriseeeeeeeeee...
*eh! over pulak.hihi*

Alhamdulillah 21 tahun sudah berjaya aku mengharungi kehidupan yg penuh bersegi-segi ini.
*tepuk tangan semua ye rakan-rakan*
21 tahun yang lalu juga, ibuku telah bertarung nyawa untuk melahirkan si bayi kecil comel ya ampunnnn. I la tue. hik hik.

terima kasih ibuku.

hutang yang tak terbalas dengan ganjaran dunia oleh diriku yang kerdil.
semoga aku menjadi hamba,anak,kakak,teman,manusia yang lebih berguna dengan izin-Nya.
dan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan ulangtahun perkahwinan ku.
ops!! kelahirannn ye.
ucapan anda semua amatlah bermakna dan memberikan senyuman tak terhingga sampai ke telinga.

;)))))

betul tak tipu!!
ucapan ucapan anda semua menceriakan hari-hari kecilku yang suam-suam kuku ini. ;)
tapinya tahun ini sedikit sedih,kerana pada 30 Januari lalu,seorang teman sewaktu MUFY telah pulang ke rahmatullah.
suatu kejutan dan kehilangannya sangat dirasai keluarga dan ramai teman.
walaupun aku tak rapat sangat dengan arwah,tapi aku selalu jugak stalk blog die.
aku pasti merindui blog die nanti.
dan pastinya orang yang lebih rapat dengannya lebih merasai kehilangannya.
namun Allah lebih sayangkan die dan kita pun harus menerima qada' dan qadar-Nya.

sempena hari lahirku ini, sebagai hadiah.
marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Afif Asyraf
semoga rohnya aman di sana,ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
insyaAllah kita semua juga akan bertemu di sana nanti.
cuma masa sahaja yang membezakannya.
semoga dengan masa-masa yang bersisa yang masih kita miliki,
dapat kita penuhi dengan bekalan ke sana.
aminn..

Lets go......

budak hingusan bersama kepalanya yang besar dan keras. *_*


1 comment:

Yatre Hayati said...

comelnya ko masa kechik2 !!