Monday, March 22, 2010

48

Nicky posing maut.
*Hakikatnye,die memang benar benar dah maut ketika ini.sob3*

Beberapa hari yang lalu,
salah seekor kura-kura belaanku telah pergi menyambut seruan Ilahi.

sob sob sob ;(

Semoga Nicky tenang di dunianya yang baru.
Maaflah kerana tak sempat kita nak mengenali hati budi dengan
lebih dekat lagi,malahan aku selalu membiarkan kau tersisih di
dalam kolammu yang kelam akibat digenangi najismu yang tenggelam timbul.
Bagi makan pun kadang terlupa sebab diri sendiri pun asyik nak makan je.

Tak sampai sebulan pun usia perkenalan kita kan.
Walhal jantinamu pun masih belum sempat ku kenalpasti lagi.
Namun Tuhan lebih sayangkan kamu.
Diambil nyawamu ketika usia masih sejernih air di telaga biru.
Sekurang-kurangnya dikau terhindar daripada lebih banyak dosa dan
permainan dunia yang penuh berduri ini.

Eh! Ini kisah kura-kura la,bukan manusia.
Macam salah skrip pulak. hi hi hi

Takpelah,
apa pun,terima kasih kepada Nicky yang pernah hadir dalam hidupku.
Pemergianmu memberikan pengajaran untukku yang naif dan polos ini.
Aku masih sedang mencuba untuk menjadi pencinta haiwan yang setia.
*sambil pasang lagu Irwansayah.hihihi*


Sekarang masih ada Jojo. he he he :)
Harapnya riwayat Jojo dipanjangkan Tuhan,supaya dapatlah ia menikmati
keindahan dunia yang penuh warna-warni serta menemani
hari-hariku yang
suam-suam kuku di kota pasir ini.
Marilah kita berdua melalui detik kehidupan bersama dengan riang gembira.
Berdua lebih baik. ewahhh!
*tukar lagu Acha pulak.hahaha.*
Walaupun Nicky telah tiada,namun dikau tetap ada di hati kami berdua.
hihih.

Keintiman Nicky dan Jojo kini hanya tinggal kenangan.

Detik terakhir sebelum disemadikan.
May u rest in peace


Akhir kata,
semoga aku rajin baca buku,
kerana ketibaan peperiksaan tinggal sekangkang kera je lagi.
ho ho ho

4 comments:

Anonymous said...

Paah....kaw ader bela haiwan ke???
Jgn sedeyh paah (aku konfius sbnrnye kaw sedeyh or tak) hehe..
Allah mesti tempatkan Nicky kat syurga..InsyaAllah..Nnti bleh la dier maen22 ngan Scrapper aku kat sane! kiki

CICIPUNG said...

aku baru je berjinak2 membela haiwan.
haha.
aku sendiri pn keliru aku sedih ke tak sebenarnya.kwang3.

insyaAllah..amin.
smoga kita pn dpt masuk syurga bersama mereka.
hihihi.

Yatre Hayati said...

macam mana ley mati weh?>?? ko rendam dia dalam air sg klang ke hapa???

CICIPUNG said...

haha.
kat sini ade sg. nil je kot.

aku rase die kurang kasih sayang dan belaian manja aku la nie.
tue yg die susah hati,lalu menemui ajalnye. ;(
huhuhu.