Wednesday, April 7, 2010

55

grrrrrr~~auww!
arghhhhhh!

Hari nie kesabaranku senipis kulit bawang!

argh! argh! argh!

Memang betul-betul nipis nie. haiyoo.

Benci betul dengan teknologi zaman sekarang yang selalu
memusnahkan impian untuk berkomunikasi dengan yang tersayang.

Yang ini memang tak boleh dibawa bersabar.
Kalau setakat gagal masuk fb, berabad lama nak tunggu Restaurant City,
mungkin aku masih boleh berlapang dada duduk dengan taat menanti.
Tapi bila tiba hal yang serius, aku pun bernaluri untuk menjadi manusia serius.
Dan waktu ini lah sang internet beraksi macam badut yang langsung tak kelakar.

Rasa mahu sumpah je pembekal talian internet jadi katak pisang!
Eh! tak boleh pula,nanti lagi susah kalau dah jadi katak. Aish!!!

Argh!
Sudah lah peperiksaan dah nak menghampiri hari pengadilannya.
Membaca pun masih di tahap kura-kura semput berjoging je nie.

Oleh itu,
Baik aku berhenti menulis,sebelum lebih banyak caci nista dilontarkan.
Semoga kesabaran sentiasa ada untukku,walaupun acapkali tersasar dari garisan.




Sebenarnya aku berasa sangat rindu pada keluarga,
jadi emosi sering menguasai diri di saat begini.
Ecehh! Dramatiknye ayat.*padahal tersengih je ketika menaip*
hihihi.

No comments: