Friday, May 14, 2010

65

rawwwrrr~~

Adamaya dah pun selamat melabuhkan langsir semalam.
Tapi aku baru je tengok sampai episod 5.
Ye, fanatik adamaya boleh tolong baling telur rebus kepadaku yang sedikit ketinggalan zaman.*boleh buat sarapan esok pagi.hihi*

Lagipun ilmu-ilmu tersayang lagi penting daripada adamaya tau !
Nanti kalau menghidap Alzheimer bila jawab peperiksaan ingat adamaya boleh tolong ke?*haha psiko pulak.*Ceh! padahal setiap 5 minit je jeling-jeling laptop.Sebenarnya mataku pun dah semakin sensitif dengan cahaya warna-warni laptop.Pagi petang siang malam subuh hening fajar menyingsing asyik melekat depan laptop manalah taknya kan.Tak mahulah aku membantu mempercepatkan proses kerosakan mata sendiri.Oleh itu,terpaksalah tabah mendidik diri tengok beberapa episod je sehari. sob sob

Lepas ini terpaksa kurangkan sedikit kasih sayang terhadap laptop si jantung hati demi masa depan penglihatan yang cerah.

Kepada kalian yang masih bermata dua di luar sana,sayangilah mata anda sebaiknya.Jauhi kaca mata, apatah lagi kanta lekap. hihihi.Yang bermata empat pun kena lebih teliti menghargai si mata.Perbanyakkanlah melihat kehijauan,bukan kekuningan mahupun kebiruan ye.Tidurkan mata dengan sewajarnya, jangan terlebih wajar pulak.haha.

Untuk masa depan mata yang cerah marilah kita sama-sama minum carrot susu.slurrrpppp~


Eh! nampaknya fokus entri ini lebih kepada mata berbanding adamaya.Ye lah, tanpa mata yang sihat dan segar tak dapatlah nak fokus kat adamaya nanti. hihihi.


Semoga aku berjaya tamatkan tontonan adamaya walaupun lambat macam kura-kura.Baru la boleh like adamaya ke adik miasara ke kat facebook. haha.

2 comments:

Yatre Hayati said...

eh pa'ah harus tengok adamaya...sehari 3 kali setiap episod.,.

CICIPUNG said...

wahh.
mcm jadual nk mkn tgk 3 kali sehari 1 ep.haha
aku tgh marathon tonton nie.