Monday, September 7, 2009

Diari Ramadhan Rara.


gambar ini tiada kaitan dgn isi kandungan esei ini.sekian.

esok malam sudah mahu pulang ke tanah melayu.
macam separa biasa.
bilik masih seperti sarang arnab yang sedang berjoging
bersama kura-kura.
barang pun masih separa dipacking.
apatah lagi kadar basuhan baju-baju terpakai.
memang berkadar songsang dgn pertambahan masa

ditambah pula dgn kemogokan air yg mungkin merajuk
kerana kami bakal meninggalkan rumah yg dipenuhi keturunan lipas-lipas
terhebat d abad ini.
pandai betul main merajuk-merajuk time org nk membawa diri
yg bahagia pulang ke kg halaman nie.

sepak kang baru taw!

tadi..
aku si gadis yg sudah kekontangan wang ringgit.
berjalan-jalan penuh lemah gemalai ala-ala sotong ke pelusuk kg. mencari mesin ATM
akibat bulan puasa juga musim panas yg memuncak menuju puncak.
cadangnya pastilah untuk memuntahkan duit.bukannya nak berkaraoke d situ.
namun nasib sungguh sadis kerana semua mesin ATM mngkn sudah bekerjasama
bersama air dan lipas d rmh supaya mmbuat hidupku semakin mencabar lagi.
membiarkn aku tiada berduit utk menapak ke lapangan terbang esok.
nak suruh aku naik unta mungkin.

lalu aku yg konon berazam membeli sebondong ole-ole utk yg tersayang,
terpaksa melipat kemas kembali hasrat hati itu dan disemat rapat2 dalam sanubari.
nak beli sepapan Kinder Bueno pun terpaksa pura-pura tertelan air liur.
betapa kering-kontangnya poket-poket seluar jeans lusuhku dgn duit pd saat itu.
huh. tak sadis langsung,

tak tahulah apa masalahnya dgn kad ATM BSN nie.
nak kata cip dah reput.belum lagi.cume kad uzur-uzur usang sikit jew taw.
mungkin terlalu canggih kot sehingga tak mampu dibaca mesin-mesin ATM d kg ini.
mungkin lah....
sehingga rkn ku mencadangkn aku membaca Al-Fatihah dan surah 4 Qul supaya mesin
ATM lembut hati.
namun misi masih gagal jua..

lalu pulanglah kembali ke rumah dgn perasaan gembira sebab dah masuk waktu berbuka.

selepas selesai membaca doa berbuka puasa.
maka aku pn makanlah makanan.
sambil-sambil makan dan bermain-main sedikit.study banyak-banyak.
(ha3.penipuan sedikit)
aku korek-korek kemas laci almari baju d sebelah kaki.
ternampak duit-duit ringgit malaysia.
aku pungut,iron sikit guna tgn,susun elok-elok..
wah! banyak juga duit raya tahun lepas aku nie.
bolehlah berbelanja gula-gula time balik mesia nie.
misi penyelongkaran laci almari pun berterusan diselang-seli dgn rehat seketika.

dan akhirnya.
kebahagiaan yg dicari muncul tiba-tiba.
tanpa disangka.
laci usangku bagaikan bertukar menjadi lubuk emas jadian.
aku terjumpa L.E 520 terselit comel d celah-celah frame gambar bersama
penyepit baju yg bertaburan.
yes!!
dlm hati berkata.

tak sia-sia juga aku simpan duit bertaburan selama ini. kt celah buku.bawah katil.
bawah meja.terselit celah almari.dan hampir seluruh pelusuk bilik.
ada juga faedahnya d kala kemiskinan.
hahaha.


maka.
esok tak jadilah naik unta pergi lapangan terbang.
*sigh*

5 comments:

ISMAWARNI said...

paah~
lucuuuuuu!
hahahahahaha

Anonymous said...

hahahhahaha
mengong arr lu paah!
ckp je la malas smpan dwet!
hahahahahhaah

intanfarhana said...

paah..ader kee atm bsn kat sane..wahh2..musykilnye sye...

p/s: naik unta pun ape salahnye kannn3..bru la adventure namenyee

CICIPUNG said...

wanie : hahahaha...aku baca comment kaw tiba2 terase lucuuu sekali..perkataan lucuuuuu tu mcm comel je.tiba2 teringt kt tiqz..sbb die yg mcm slalu aku dgr sebut words tue.hahahahahaha.

mayna : bukan bgtu mayna..aku tahu ade hikmah d sebalik mencicirkan dan meletakkn duit d pelbagai tempat.kunci kebahagiaan d kala kesempitan tue.hihihihi.

intan : bsn canggih taw intan..xde pn atm bsn kt cnie..tp bleh je cucuk kt atm tertentu..asalkan ade tulis 'visa electron' or 'plus'

tanta said...

heeheh.. kalau tak leh guna kad tu.. balik umah amik pemadam pensel 2b tu gi gosok kat cip dan line hitam kad bank tu.. gosok lembut2 sampai nampak kad tu jadi comel semua kemudian gi la cocok dengan lafaz bismillah.. hehehe..